~My whole act is confession~

Never take life seriously. Nobody gets out alive anyway.
There are no stupid questions, just stupid people.


Friday, January 9, 2009

Aku berbahasa melayu.

Saya berasa sungguh bosan pada hari ini jadi saya copy (maaf,saya tidak tahu copy dalam bahasa malaysia) tag abang saya ini.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
:: Kalau benda rasanya Rumah dan benda-benda yang ada di dalam rumah bapa saya.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
:: Banyak benda yang saya beli menggunakan wang saya tapi yang terakhir saya beli menggunakan wang saya adalah relod kupon.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
:: Tentu sekali di gereja dan tempat-tempat yang menarik.Tapi tengok peruntukan dulu.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
:: Saya pun kurang pasti tapi setiap insan pasti inginkan hubungan berkekalan.Begitu juga dengan saya.(Embha!Haha)

5. Adakah anda dilamun cinta?
:: Rasanya begitulah.

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
:: Jika tidak silap restoran terakhir saya makan malam ialah restoran 818.Wah,sudah lama tahun lepas lagi.(Odoi,bida ni bm sa)

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
:: Saya sudah lupa tajuknya.

8. Apakah nama penuh kamu?
:: Maaf,saya sudah lupa.(Haha)

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
:: Kedua-duanya saya senang.

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
:: Pastinya bukan kamu.

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
:: Sahabat paling rapat saya cuma ada tiga orang sahaja.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
:: Kadang kala sahaja.Tapi selalunya ibu saya yang mencuci.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
:: Tentulah tempat yang seronok!

14. Pelukan atau ciuman?
:: Kedua-duanya.

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
:: Sebenarnya tiada orang yang tag saya.Saya ambil soalan ini dari Undung,iaitu abang kandung saya yang tinggal serumah dengan saya tapi bukan sebilik dan mempunyai dua gigi taring.

16. 8 perkara yang amat saya gilai
:: Kasut bertumit tinggi,jeans,t-shirt,makan,lagu,tidur,membeli belah,berjalan-jalan dengan teman saya dan banyak lagi.

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
:: Kima,sial,shit,bongo,embha dan pa minta duit.(Haha)

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
:: Adakah majalah juga dikategorikan sebagai buku?

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
:: Terlalu banyak untuk disenaraikan.Maaf.

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
:: Jangan terlalu membelih belah.Berjimat cermatlah.